Bergaya sakan di Hari Raya
Monday, August 22, 2011 | 5:07 AM | 0 comments
Pejam celik pejam celik, tinggal kira-kira seminggu je lg kan kita nak sambut raya. Haish rasa mcm sekejap masa berjalan. Kanak kanak dah start main bunga api. Para ibu pula dah sibuk buat kuih raya, tukar langsir baru. Bapa bapa pulak sibuk pergi service kereta, yelah nak balik kampung jauh jauh. Tp yg paling penting, baju raya dah beli belum? Pagi raya mesti lah nak melaram sakan kan? Especially kaum kaum wanita ni. I dah siap semua baju raya. Sebelum Ramadhan lg dah pegi tempah, you alls. Excited kan? Bukan apa, takut nanti semua taylor dah taknak terima tempahan. Barulah nanti start gelabah sampaikan taylor swift and taylor lautner pun korang sanggup carik untuk jahit baju. Haha. Okay bg korang yg belum lg memiliki baju raya, korang lupakan lah niat untuk menempah baju raya tahun ni. Tp korang still boleh beli baju raya yg dah siap di lokasi berhampiran rumah korang. Mmg lawaau lawaau, setiap kali jalan depan deretan kedai jual baju raya, mula lah mengomel sorg diri, "Eh ini lawa." "Eh eh yg ini lawaa jugak!" Sampai lah kedai terakhir, "Oh kusutnya. Tak tahu nak beli yg mana, semua pun lawa". Takpe takpe, faham faham. Semua org pun akan mengalami situasi yg sama :) Untuk menambahkan lg kekusutan you alls untuk memilih baju raya tahun ni, apa kata kita review beberapa baju raya yg sgt sgt OHSEM di bawah ini:
P/s; Boleh tengok sambil besarkan mata dgn mulut ternganga sekarang.
1. COCO CLOSET
Pemilik online boutique ni I kenal, and dia sgt sweeet plus fashionista, hunnie :) Not so sure baju ni dijahit oleh Kak Ain sendri or not, tp yg penting baju ini cantik and harga pun sgt berpatutan which is RM 55 only excluding the sarong. Sekarang kan trend pakai chiffon. So kalau berminat boleh lah dpt kan more information dekat sini.
2. BUTTON MY BUTTONS
Oh no, boleh jerit " Wah! Wah! Wah!" 3 kali skarang sambil hentak hentak kaki dkt lantai. Nampak kan? Sgt lawa! Nk tahu I plg suka yg mana? Cuba teka cuba teka. Okay salah. *walaupun tak tahu you alls jwb yg mana. Haha:D Ekceli I suka semuaaa skali. Kalau lah ade wish untuk hari raya yg akan ditunaikan, i taknak duit raya banyak. Taknak kuih raya banyak. Lemang pun taknak. Almond london? Tat nenas? Kuih sarang semut? Ehh kan I dah ckp kuih raya semua taknak. Cukoplah dpt sehelai baju from Shahida Shariff ni, huhu. Harga dia around RM 600+ and I tak mampu lg nk beli baju raya semahal tuh. Tunggulah nanti I buat pinjaman dgn ahlong dulu. Tsk tsk T____T
3. OLD BOX BLOSSOM
Rekaan pereka fesyen muda, Jezamine ni mmg sgt sgt lah I suka. Ada unsur unsur vintage gitu. Bila pakai terus mood Wanita Melayu Terakhir meresap dlm diri, hamboyy kemain! Ada banyak lg koleksi koleksi raya yg korang boleh dptkan di sini. Harga around RM 259 - RM 299 which is very reasonable I think.
Dah tengok semua kan? I rasa mulut korang yg ternganga tuh pon dah boleh tutup kot. Hehe. Kalau dpt pakai baju raya yg cantik cantik mcm ni, uihh pusing satu kampung kot pegi beraya. Lps tuh org beraya sebulan, kita up beraya dua bulan, lebih sikit daripada org lain ;D So korang yg belum lg beli baju raya tuh, cepat cepat lah beli. Klau yg takde masa nak kluar shopping tuh, beli lah dkt online boutique yg I cerita kat ats td. Okaylah, I tutup post I kali ni dgn lagu raya peberet I, Suasana Hari Raya. Berlalu lah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa. Tiba syawal kita rayakan dgn rasa gumbiraaa. Yeeeha.